Wednesday, 19 October 2011

Industri penerbangan mampu berdaya saing.


SEPANG 17 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya sudah tiba masanya untuk industri penerbangan negara ini mempunyai Dasar Penerbangan Kebangsaan bagi membolehkan sektor itu bergerak maju dan berdaya saing.

Beliau berkata, dasar yang komprehensif itu penting bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti semua aspek dalam industri itu yang merangkumi hala tuju, matlamat dan strategik jangka panjang.

Katanya, ia juga bagi membolehkan pihak-pihak berkepentingan dalam industri itu mengetahui dan memahami dengan jelas mengenainya.

"Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan berhasrat untuk merangka dasar itu secepat mungkin dan saya percaya mereka telah mengadakan beberapa perundingan dan perbincangan dengan pelbagai pihak terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran 100 tahun Penerbangan di Malaysia di Hangar 6, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad.

Pada majlis itu, beliau turut menganugerahkan lesen kepada seramai 47 pelajar bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat dengan 29 daripadanya adalah anak Felda.

Najib berkata, beliau yakin dasar yang komprehensif itu akan melonjakkan lagi industri penerbangan negara ke tahap yang lebih baik dan mempunyai masa depan yang lebih terjamin.

"Saya berharap untuk mengumumkan dasar itu selepas semua input, pandangan dan perhatian dari semua pihak berkepentingan diambil kira dan dinilaikan," katanya.

Dalam ucapan yang sama, Najib berkata, beliau yakin dengan kebolehan anak-anak Felda untuk meneroka bidang yang begitu teknikal dan kompleks seperti penerbangan.

"Saya mengimbas kembali dan masih ingat betapa ramai yang menyuarakan kesangsian sama ada anak-anak Felda mampu berjaya dalam bidang berteknologi itu," katanya.

Teknologi kardio kukuhkan KIST.


KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) mengukuhkan peranannya sebagai salah sebuah institusi peneraju dalam pengajian sains kesihatan dengan memperkenalkan satu kursus baru iaitu Diploma Teknologi Kardiovaskular.

Ia merupakan kursus ke-17 yang ditawarkan oleh KIST yang dalam proses pengembangan pesat sejak mulai beroperasi pada 2005 di kampus Kelantan di Bachok.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (pengambilan pelajar), Nurul Hidayat Mohd. Kasim memberitahu, kursus itu dirintis oleh KIST berikutan permintaan tinggi dan pasaran kerja yang semakin luas dalam bidang kardiovaskular.

''Kursus itu telah mula dijalankan di kampus Kelantan mulai Jun lalu dengan pengambilan kumpulan perintis seramai 35 orang dan jumlah pengambilan dijangka ditingkatkan kepada 50 orang September depan.

''Bagi melahirkan lebih ramai kumpulan 'juruteknik jantung' ini, KIST menyasarkan pengambilan pelajar pada tahun depan ditingkatkan kepada 200 orang lagi melalui empat sesi pengambilan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, Diploma Teknologi Kardiovaskular ini diwujudkan bagi melahirkan Juruteknik Kardioloji dan Perfusionist Kardiak iaitu individu yang membantu pakar jantung dan bedah jantung dalam membantu mendiagnosis dan merawat pesakit masalah jantung dan salur darah peripheral.
"Kita yakin kursus baru ini mampu menjamin potensi kerja yang baik kepada pelajar sebagaimana kursus-kursus lain yang ditawarkan di KIST sebelum ini.

''KIST mempunyai makmal lengkap untuk pembelajaran bersistematik di bawah bimbingan kumpulan pensyarah, instruktor klinikal yang berkelayakan dan berpengalaman luas. Pelajar akan mendapat pembelajaran dengan berkesan," ujarnya.

KIST sehingga ini menawarkan kursus Pembantu Perubatan (lelaki dan wanita), Farmasi, X-Ray, Syariah, Senaman dan Sukan, Radioterapi, Fisioterapi, Teknologi Makmal Perubatan, Falak Syarie, Pengurusan Perkhidmatan Makanan Halal, Kesihatan Persekitaran, Keselamatan Pekerja, Kejururawatan dan Psikologi, Terapi Cara Kerja dan Sijil Pembantu Kesihatan Awam.

Institusi itu kini menempatkan kira-kira 5,000 pelajar dari seluruh negara melalui kampusnya di Pantai Timur dan kini mula melebarkan sayapnya di Sarawak melalui penubuhan Institut Teknologi Sarawell.

"Ketika ini, hampir kesemua pelajar KIST menjalani latihan amali pada setiap semester di hospital kerajaan dan klinik kesihatan di seluruh Pantai Timur yang mana mereka memperlihatkan reputasi yang baik.

''Justeru, hampir kesemua mereka juga telah mendapat pekerjaan dan kebanyakannya bertugas di hospital kerajaan, hospital tentera dan hospital swasta seluruh negara," katanya.

Katanya, yuran pengajian keseluruhan adalah sebanyak RM52,800 namun, setelah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengehadkan kadar pinjaman RM45,000 untuk semua kursus sains kesihatan mulai September ini, bayaran selebihnya akan ditanggung oleh Yayasan KIST.

''Ia bagi mengelak para pelajar daripada terbeban dan mereka boleh belajar dengan selesa tanpa kekangan kewangan. Malah bayaran semasa hari pendaftaran sekadar RM100 dan selebihnya boleh dijelaskan secara berkala," ujarnya.

Risiko silap rawat lebih rendah.

KUALA LUMPUR: Pengurangan waktu kerja doktor pelatih mengikuti housemanship di hospital kerajaan mampu menangani risiko kesilapan merawat pesakit yang berpunca daripada tidak fokus kerana kurang rehat dan tidak cukup tidur.


Langkah itu juga mengatasi tekanan menyebabkan sebilangan doktor pelatih mengalami masalah mental sehingga ada yang mahu menukar karier kerana tidak tahan waktu kerja panjang dan beban berlebihan. 


Ia juga memberi ruang kepada doktor pelatih untuk mendapatkan cukup rehat selain mempunyai masa berkualiti sebelum kembali bertugas di hospital.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata langkah itu sejajar amalan di negara maju termasuk United Kingdom (UK) yang menetapkan waktu maksimum bekerja bagi doktor pelatih seminggu.

Katanya, pengurangan waktu bekerja daripada 90 jam kepada 54 jam seminggu bagi housemanship atau latihan pegawai perubatan siswazah itu juga selaras dengan pertambahan doktor pelatih yang mencecah antara 3,000 hingga 4,000 orang setahun.
“Negara maju mengurangkan waktu kerja doktor pelatih kerana apabila mereka kurang stres, peluang untuk menghidap penyakit psikologi dan melakukan kesilapan ketika bekerja akan berkurangan. 
“Ini penting kerana membabitkan nyawa manusia (pesakit dirawat). 

“Apabila doktor pelatih berasa tenteram dan aman dengan mendapat cukup rehat serta tidur, mereka akan sihat dari segi fizikal, mental dan emosi untuk bekerja,” katanya mengulas laporan Berita Harian mengenai pengurangan waktu kerja doktor pelatih bermula 1 September ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata tindakan Kementerian Kesihatan itu bagi mengurangkan tekanan yang menyebabkan mutu perkhidmatan kira-kira 7,000 doktor pelatih terjejas.

Ia juga selaras kajian pada 2009 yang mendapati 67.8 peratus doktor pelatih mengalami stres dan 53 peratus berniat meninggalkan bidang itu kerana tidak tahan dengan beban kerja dengan 30 hingga 40 peratus menyifatkan waktu dan beban kerja tinggi menyebabkan tiada ruang untuk bersosial dan rekreasi.

Dr Azhar berkata, masalah stres dan tekanan perasaan doktor pelatih belum mencapai tahap kritikal, namun boleh menjejaskan hasrat kerajaan untuk menambah doktor di negara ini jika tidak ditangani segera.

Dua tahun lalu, nisbah doktor berbanding pesakit di negara ini adalah 1:927 dengan kerajaan menyasarkan meningkatkan nisbah itu kepada 1:600 menjelang 2015. 

Doktor pelatih kena bijak urus beban kerja.

DOKTOR dalam bahasa Perancis Lama dieja ‘doctour' yang membawa maksud paderi atau mengikut bahasa Latin Zaman Pertengahan bermaksud guru agama atau penasihat. 

Selepas melalui proses asimilasi bahasa selama beberapa ratus tahun, terutama selepas rantau Eropah bebas daripada Zaman Kegelapan dan menerima pengaruh Islam, manakala dunia perubatan terus berkembang hasil kehebatan tokoh Islam Ibnu Sina, perkataan doktor akhirnya diguna pakai dan difahami sebagai orang yang mengubat penyakit atau penyembuh sampai hari in

                                                         i.

Monday, 17 October 2011

Mandi Kucing

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit.

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing saye
Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti.

Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati!
Pekedai: kan saye dah kata...!
Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya.
Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya?
Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..!

p/s : MIzan..aku mintak maap byk2 kat ko. 

Hospital

Setelah mendapat khabar kemalangan jalanraya yang menimpa suaminya, Tipah terus berkejar ke Hospital.

Tipah : Doktor, bagaimana keadaan suami saya?

Doktor : Siapa nama suami Puan?

Tipah : Err...Jiman Bin Seman, Doktor...

Doktor : Sebentar ye. Saya periksa fail pesakit nie. Hmmm, lukanya tak parah. Cuma calar-balar sikit di tubuhnya.

Tipah : Syukurlah...lukanya tak parah. Saya risau betul. Err...di mana suami saya, Doktor?

Doktor : Ada di bilik Mayat!

Tipah terus pengsan... 

Cita-cita Tinggi

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.